Friday, February 1, 2019

Essay --

diamalkan pada hari ini, masyarakat Islam sebenarnya masih tidak dapat lari daripada menjadi mangsa urusniaga berteraskan riba. Ini adalah kerana dasar ekonomi global adalah dimonopoli oleh kaum bukan Islam. Inilah cabaran yang telah mewujudkan jurang yang ketara dari segi ekonomi di antara komuniti di dalam Tamadun Islam berbanding komuniti lain. Selain itu, faktor sejarah juga telah meletakkan bidang ekonomi sebagai suatu cabaran dialog antara pelbagai tamadun yang terdapat di Malaysia pada hari ini. Kesan daripada penjajahan British di Tanah Melayu telah mewujudkan perbezaan sektor ekonomi antara kaum. Penjajah British melalui Sistem Kangany telah membawa masuk buruh dari India Selatan bermula pada tahun 1890 sehingga 1938. Mereka telah ditempatkan untuk bekerja di ladang-ladang getah. Sementara itu, menjelang tahun 1820-an, buruh-buruh Cina pula telah di bawa masuk ke tanah Melayu. Mereka ditempatkan di lombong-lombong bijih timah. Oleh kerana sikap gigih dan sanggup bersusah pa yah untuk maju, kaum Cina telah berjaya membeli dan menguasai sebahagian besar lombong-lombong biji...

No comments:

Post a Comment